I SUGGEST EVERY MALAYSIAN STOP PATRONISING GIANT!
The complainant (Sashidaran) made a police report after he was accused of stealing at Giant, Shah Alam (one of the popular hypermarket chains). Not only he was accused, he claims that the security guards planted items in his bag, assaulted him, insulted his religion, and forced him to write a false confession. He was turned over to the police and taken to Seksyen 11 police station where he was subject to more assault and threats, and forced to sign another confession. He was denied access to his parents for three hours. His father later came and he was released. He found that some of his belongings were missing. He was to attend court hearing on 19 november 2007. He made the police report to protect himself and claim his innocence.
Nama : Sashindran
Bangsa : India
Agama : Hindu
Umur : 22 tahun
Pekerjaan : Technical Supporting
Laporan Kejadian
Bangsa : India
Agama : Hindu
Umur : 22 tahun
Pekerjaan : Technical Supporting
Laporan Kejadian
Pada hari 16 hb November 2007, lebih kurang pukul 11.20 pagi, saya telah pergi ke “Giant” di Seksyen 13, Shah Alam untuk membeli barang. Setelah saya beli barang itu berjumlah RM23 dan selepas membayarnya saya meletakkan diatas kaunter “ Giant “ untuk beli satu lagi barang.
Selepas saya mendapatkan barang Ambipure dan letakkan diatas kaunter. Semasa itu saya menerima pangilan telefon daripada pakcik saya. Semasa saya bercakap dan meletakkan telefon saya dalam “ sling beg “ saya ditegur oleh 2 pegawai sekuriti “Giant “ dan dibawa ke bilik mereka.
Sejurus sahaja saya sampai dibilik itu, saya dipukul dari belakang dengan tangan oleh salah seorang pegawai sekuriti dengan memberitahu berikut :-
“ kamu apa 08 punya orangkah, you tahu saya siapa, saya pun 08 punya orang besar “
Sejurus selepas itu, saya yang merupakan seorang penganut hindu yag memakai symbol keagamaan saya “ kum kum “ di dahi saya dan rantai yang ada wajah gambar tuhan (Krishna ). Pegawai itu terus memukul saya dan paksa saya untuk duduk dibawah dan seterusnya memadamkan “kum kum “ yang merupakan kesucian agama saya serta mencabut rantai keagamaaan saya daripada saya dan lalu dicampak dalam bilik tersebut.
Selepas itu, pegawai sekuriti itu ambil gambar tuhan Krishna saya yang berada dalam bentuk “pendant “ dan meletakkan semula di atas dahi saya dan beritahu perkara berikut sebelum dia menendang saya dibahagian belakang :-
“ Sekarang kamu nampak macam syaitan “
Selepas itu pegawai sekuriti menyuruh saya untuk menulis surat akuan bahawa saya telah mencuri “ silicon , bostik, polish kereta dan perfume aroma therapy “ . Saya memberitahu bahawa saya tidak boleh menulis kerana saya tidak buat salah atau mencuri barang-barang tersebut. Selepas saya beritahu ini, saya dipukul dengan kerusi plastic berwarna biru sampai kerusi tersebut pecah. Saya yang dalam ketakutan dan kesakitan, terpaksa akur dengan ugutan mereka untuk menulis surat akuan tersebut.
Selepas saya menulis surat tersebut, mereka suruh saya tandatangan diatas surat itu, tetapi saya menolak permintaan mereka.Disebabkan itu, mereka pukul lagi dengan kerusi plastic yang pecah tadi. Mereka juga mengambil selipar saya dan diikat dengan tali dan menggantungkannya di leher saya dan beritahu sekali lagi berikut :-
“ Kamu sekarang macam anak syaitan, selapes itu dipukul sekali lagi dan dimarahi lagi “ keling, bodoh ………. “
Dengan paksaan itu saya terpaksa menandatangani surat itu dan pada masa itu sekali lagi, saya dipukul di tangan kanan dengan menggunakan kerusi tersebut. Selepas itu sekuriti itu minta saya mengaku dan bayar RM30 agar saya boleh dibebaskan tetapi saya tidak bayar. Saya tidak ingin bayar kerana saya tidak mencuri barangan tersebut .
Dalam masa yang sama, saya perhatikan mereka memasukkan barangan tersebut, “ silicon, bostik, polish kereta dan perfume aroma terapi kedalam beg saya.
Selepas itu, mereka mengambil gambar saya memegang beg dan seterusnya mereka suruh saya buka beg, satu lagi gambar diambil, kemudian mereka suruh saya mengeluarkan semua barangan yang sekuriti tadi masukkan dan diambil satu lagi gambar diambil. Akhirnya saya disuruh pegang semua barang itu dan diambil satu lagi gambar. Mereka mengambil 4 gambar.
Selepas itu, saya dipukul oleh kedua-dua sekuriti dikepala saya dan mengugut saya bunuh sekiranya beritahu sesiapa.
Selepas itu pegawai sekuriti itu memanggil polis untuk menyerahkan saya dan dalam masa menunggu mereka terus pukul saya. Sejurus sahaja, polis sampai, salah seorang polis tamper saya dari belakang dibahu saya. Selepas itu, seorang polis menggunakan bat senapang dan memukul saya dibahu belakang.
Saya digari dan dibawa kedalam kereta peronda polis dan diberitahu akan dibawa ke Balai Polis Sekysen 11, Shah Alam. Semasa berada dalam kereta peronda, salah seorang polis memaki saya seperti berikut : -
1. “ India keling you apa 08 punya orangkah “
2. “ Saya boleh lepaskan awak dan tembak dan membuang saya dimana-mana sahaja.
Kemudian dia mengambil ID pekerja saya dari dompet saya dan campakkan keluar dari kereta. Masa itu, saya meminta jangan campak tetapi dia terus memaki saya seperti berikut :-
“ You India keling pasti masuk lokap, kamu akan hilang kerja, tak payah ada ID, Ini negara Islam, apasal you ada sini, kalau mau curi balik India “
Selepas itu, saya terus dibawa ke Balai Seksyen 11, Shah Alam. Sarjan Azami meminta saya terus mengaku bahawa saya mencuri padahal saya kata saya tidak mencuri.
Seterusnya, sarjan Azami mengugut saya untuk menandatangani laporan yang disediakan oleh Sarjan Azami sendiri tanpa mengambil keterangan saya.
Apabila saya kata tak boleh, dia mengugut seperti berikut, “ kamu akan dimasukkan kedalam lokap 14 hari dan dipukul”. Masa itu, saya minta mereka menghubungi bapa saya tetapi tidak dibenarkan.
Akhirnya, saya terpaksa mengalah dengan desakkan mereka, saya tandatangani laporan Sarjan Azami tersebut.
Selepas lebih kurang 3 jam kemudian, saya dibenarkan untuk menelefon bapa saya. Mereka hanya berikan telefon bimbit dan dompet. Barangan dibawah telah hilang semasa saya menerima “ sling bag “ saya:-
1. Castrol Multipurpose tool.
2. Duit berjumlah RM150
3. Pen drive
4. Proskit Precision Tools
Saya juga mendapati kredit ditelefon saya telah kurang sebanyak RM7.00. Selepas itu bapa saya dating ke Balai dan saya keluar dengan jaminan polis dan diminta untuk hadir ke mahkamah Seksyen 6 pada hari Isnin ( 19-11-07 ) 9.15 pagi.
Saya membuat laporan ini untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah, saya dianiaya dan sekuriti tersebut telah dengan sengaja mereka cerita palsu tentang kecurian tersebut. Saya juga ingin membuat laporan ini untuk melindungi diri dan keselamatan saya daripada dua sekuriti Giant Seksyen 18 dan pegawai polis yang mengugut untuk membunuh saya. Kalau apa-apa berlaku pada saya, pegawai sekuriti dan polis tersebut adalah bertanggungjawab.
Yang benar,
………………………………..
( Sashindran a/l Ravichandran )
This was again a shock to me ...Let the world see what is Malaysia ...
I remember a BN Minister said Bloggers are liars, Mr Minister .... is this?
Who gave the rights for the Giant guards (uneducated fools) to hit him and make racial statements.
How can we ever trust a police? Even I guess when a woman manage to escape from a rapist, looking at that is going on she cant even run to police to safe her self.
I SUGGEST EVERY MALAYSIAN STOP PATRONISING GIANT! LET THEM LEARN!
When a nation fails and the people who were in harmony transformed to morons like this...who is responsible? The leader and the leadership? Yes of course ...this is something every PM from the day we got independence is to take responsibility over the current status of Malaysia!
It is time we change MALAYSIA .... we are not the Malaysian we used to be .....
A SAD MALAYSIAN
Comments