Interlok: TPM bohongi rakyat, dakwa Pengerusi Niat
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Haji Thasleem Mohamed Ibrahim mendakwa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membohongi rakyat Malaysia berhubung isu buku kontroversi, Interlok edisi murid. “Muhyiddin di dalam sesi Parlimen pada 24 Mac menyatakan bahawa Jemaah Menteri bersetuju agar Interlok terus diguna pakai tetapi tiada seorang pun yang menjelaskan pendirian mereka.” “Seterusnya Muhyiddin berkata keputusan penggunaan Interlok berterusan adalah muktamad namun akhbar Sinar Harian melaporkan Muhyiddin sebagai berkata bahawa Interlok hanya akan digunakan selepas pindaan dilaksanakan.” Thasleem turut berkata bahawa Niat tidak akan teragak-agak untuk mengheret Muhyiddin untuk membuktikan penipuan yang dibuat pemimpin kedua tertinggi negara itu. Justeru itu, Thasleem mencabar Muhyiddin menjalankan pungutan suara untuk memperoleh pandangan rakyat Malaysia kerana pandangan yang diterima beliau dari peringkat aka...