Tuesday, April 08, 2008

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

Written by Siasah Daily
Wednesday, 26 March 2008

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiga mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya' secara berjemaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

http://edition.globalmediachannel.tv/content/view/1099/60/

seals: I did not see it in main stream media, but suprised to see this in a mail. Not sure how true it is. Hope to see it in media in next few days, if it is true.

No comments: