Penubuhan bank sperma perlu diteliti

Shukri Fahmi Shukor Jul 4, 07 4:58pm

Baru-baru ini kita melihat perkembangan terbaru dalam dunia perubatan Malaysia mengenai bank sperma. Setakat ini dilaporkan bahawa ia banyak dijalankan oleh hospital swasta. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) memandang serius perkara tersebut dan menyarankan agar ianya diteliti dengan serapi-rapinya.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan perkhidmatan bank sperma. Tetapi setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang menghalang hospital swasta daripada menawarkan sperma kepada pasangan yang tidak subur untuk mendapatkan zuriat.

Satu undang-undang mengenainya perlu digubal untuk mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan umat Islam.

PMIUPM mengucapkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican yang telah mengarahkan Kementerian Kesihatan memperincikan segala aspek berhubung perkara itu, termasuk dari perspektif agama, moral, institusi keluarga dan etika. Ini kerana isu berkenaan amat sensitif.

Setakat ini dilaporkan hospital swasta terbabit banyak menjalankan pemindahan sperma kepada pelanggan yang bukan beragama Islam. Namun, perkara yang membimbangkan ialah ramai juga pasangan beragama Islam turut memohon untuk pemindahan sperma. Mujurlah ianya tidak dilayan.

Penelitian yang cukup rapi mesti dilakukan segera. Yang paling penting ialah Kementerian Kesihatan hendaklah memastikan ia betul-betul dirujuk dengan ulama yang muktabar (terkemuka). Isu ini melibatkan persoalan nasab (keturunan). Yang amat dibimbangkan ialah berlakunya pemindahan sperma individu yang tidak mempunyai perhubungan yang halal. Perkara ini boleh merosak dan mencelarukan sistem masyarakat pada hari ini.

Kebimbangan ini turut dikongsi oleh Presiden Persatuan Perubatan Islam, Prof Madya Dr Abdul Latiff Mohamad yang berkata, sehingga ini belum ada akta diwujudkan bagi menjelaskan kesahihan bank sperma ini kepada masyarakat. Ini sekaligus mengundang kontroversi serta kekeliruan di kalangan umat Islam. Jadi di sini jelas sekali kerajaan perlu mewujudkan akta yang sesuai bagi menyelesaikan kecelaruan isu ini.

Penulis adalah Bendahari PMIUPM.

Taken from Forwarded Mail

http://www.malaysiakini.com/letters/69500

My Comments:
It is important the right group to be formed to study it to make it legal ( I am not saying it is illegal now, but legal in the term, the services can be made official and open )

I know many non-muslim couples that needs a child and in Malaysia we cannot have a foreign at adoption. At least this will solve the matter.

Fatwa can be imposed on muslims and may not restrict the medical centers from providing the service to non-muslims

I think it is your call Datuk Sharizat.

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar