Wanita asing jual bayi luar nikah - Root Cause of Baby Sales?

Wanita asing jual bayi luar nikah (Woman selling own babies bown out of wedlock)

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20070518092612/Article/indexm_html
Oleh Iskandar Shah MohamedKUALA LUMPUR:

Segelintir wanita warga asing yang hamil akibat terlanjur kini menjadi ‘modal’ kepada sindiket penjualan bayi yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi urusan jual beli kepada pasangan tempatan.

Sindiket itu yang bergiat aktif sekitar Lembah Klang dan dianggotai warga tempatan serta asing mengetahui beberapa klinik swasta menjadi tempat wanita asing terbabit melahirkan bayi.

Selain menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan, sindiket itu akan mendapatkan sijil beranak sah selepas menerima wang daripada pasangan tempatan.

Antara punca wanita warga asing terbabit menjual bayi mereka ialah kerana ditinggalkan selepas terjerat dengan cinta palsu teman lelaki yang juga pendatang asing.

Difahamkan, harga bagi seorang bayi luar nikah itu mencecah hampir RM30,000 dan jumlah wang diterima si ibu bergantung kepada kewarganegaraan mereka, antaranya warga Filipina RM5,000, diikuti Myanmar serta Vietnam (RM3,000) dan Indonesia (RM2,500).

Kegiatan sindiket itu didedahkan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) melalui 35 aduan yang diterima daripada mangsa dan hasil siasatannya sejak lapan bulan lalu.

Dalam kes terbaru, seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun yang mahu dikenali sebagai Sandra, kini hamil tujuh bulan dan terpaksa menghubungi sindiket terbabit selepas terpedaya dengan teman lelaki.“Segalanya berubah selepas saya kehilangan pasport beberapa tahun lalu dan hidup sebagai pelarian. Saya kemudian bertemu dengan lelaki warga Pakistan yang banyak membantu dan kami bercinta.“Bagaimanapun, selepas mengetahui saya hamil, dia meninggalkan saya dan membiarkan hidup saya melarat sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Menurutnya, dia didatangi anggota sindiket penjualan bayi dan ditawarkan RM2,500 untuk membeli bayi yang dikandungnya.“Saya kini buntu dan terpaksa bersetuju dengan tawaran itu kerana kesempitan hidup dan perlu memberi wang kepada keluarga di kampung di Jawa Tengah,” katanya.

Dalam kes kedua, seorang wanita Filipina berusia 24 tahun yang mahu dikenali sebagai Cristina, mendakwa menjual bayinya dan mendapat RM5,000 daripada sindiket terbabit, tiga bulan lalu.“Saya masuk ke negara ini menggunakan pas sosial beberapa tahun lalu. Saya terpaksa menjual bayi itu selepas tak tahu siapa ayahnya sebenar kerana mempunyai terlalu banyak teman lelaki ketika bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam suatu ketika dulu. “Namun, kini saya insaf dan berharap wanita senasib dengan saya supaya tidak melakukan perkara sama serta terjebak dengan sindiket terbabit,” katanya.

Mengulas kes itu, Presiden Cassa, Datuk Dr Jacob George, berkata pihaknya memandang serius kegiatan sindiket itu dan mencadangkan hukuman berat terhadap teman lelaki warga asing yang ‘lepas tangan’ selepas membuntingkan wanita terbabit.“Kami juga bimbang sindiket terbabit menjual organ bayi berkenaan, termasuk mengeksportnya ke pasaran luar negara,” katanya.Bagi membantu wanita warga asing yang menghadapi masalah, katanya, Cassa boleh dihubungi melalui talian hotline di 016-2917001 untuk sesi kaunseling.



My Comments:

I guess in actual there is an "acute shortage of Babies". I am sure there are many childless couples wanting to adopt a child in Malaysia. But, to what I see it is very difficult to adopt a child in Malaysia specially when it comes to Indians and Chinese.

"2 years of wait and you are lucky if get a child within two years and may not have a choice" a comment by a officer when someone registered with Jabatan Kebajikan to adopt a child. This is a good indication for my statement.

Why the high demand? There can be many reasons....drop in fertility rate can be the main reason.

Adding to that, the government policies that does not want to practice openness in "medical technology" to provide solution and alternate ways in handling fertility matters.
And the other main problem that I see is government's openness in adoption process.
If there is a shortage in Malaysia, why not allow foreign adoption? Parents can adopt a child that they want. Any reason why Malaysia does not want to practice it? Can the ministry answer this?
When all kind of restriction are seen in getting a child and the process itself is so unsure and does not protect the couples, the next best solution is buying a child. I think this news is more focusing on GRO's but I guess there are more single girls, students and even a married mother with kids pregnant and does not want the child, are in this situation.
I am not encouraging baby sales here, but don't you think the sale actually safe the child rather then ending up dead in toilet bowl and plastic bags?

Why not the government and the NGO's start joint centres for such cases and even allow anonymous drop centres for new born? Rather then make it a BIG SIN from the religious point and make then hide away (scaring them) and end up throwing the child? This is a bigger SIN then getting pregnant out of wed lock.

No religion teaches or encourages premarital sex, but it happeneds, and from there are many who gets pregnant (don't say this is only among uneducated, but it is among all). Should we pretend it does not happen and ignore all and take legal action when they throw babies? Or acknowledge that it happeneds and take proactive steps will in advance?

And being pregnant out of wedlock or even married and does not want the child, they can hand over the child to the right channel to be given away. Do we have any? Or is it very limited?
A back door process starts when the formal process fails to meet the actual requirements.
And if the government does allow foreign adoption, please don't make it like how they handle Foreign Maid Employments. Appointing an agent and they make profits and the price shoots sky high up. Then it will fail and couples will resort back to the back door process.

Malaysians are very good in finger pointing at things that happened, but never looks at the ROOT CAUSE and solve it at that level.

You can arrest 10 illegal agents, 20 new will start the "business" and the price will increase 100% more. If the government wants to solve a problem look at the root cause not the surface!

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar