KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MENGANDUNGI PERKATAAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN KAUM INDIA

Makkal Osai bertarikh 31 Mac 2011 – KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MENGANDUNGI PERKATAAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN KAUM INDIA




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar MAKKAL OSAI bertarikh 31 Mac 2011 – Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengandungi perkataan yang menyinggung perasaan kaum India.


Pendekatan dan prosedur menyusun kamus bahasa Melayu sama dengan pendekatan dan prosedur yang diamalkan oleh ahli leksikografi bangsa-bangsa lain yang merakamkan perkataan yang digunakan oleh pengguna sesuatu bahasa.  Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka disusun berasaskan perkataan-perkataan yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu, termasuklah perkataan-perkataan yang bersumberkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa sukuan atau etnik, bahasa Inggeris, China, Sanskrit, Tamil, Belanda, Arab dan sebagainya. Sehubungan dengan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ia hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu, dan bukan dari kaca mata bangsa lain. Terdapat perkataan-perkataan yang digunakan seharian yang dianggap lucah oleh bangsa lain tetapi tidak kepada bangsa Melayu. Ada juga perkataan-perkataan yang dianggap mulia pada bangsa Melayu tetapi dianggap menghina oleh bangsa lain. Di samping itu, ada juga perkataan-perkataan yang dijadikan peribahasa, perumpamaan atau sebagai metafora. Semuanya itu ialah sebahagian daripada adat dan budaya orang Melayu yang sepatutnya tidak dipersoalkan. Justeru perkataan-perkataan tersebut tidaklah boleh diubah, dipinda atau digugurkan atas kehendak bangsa lain. Setiap bangsa di Malaysia mesti menerima hakikat bahawa kamus bahasa Melayu mencerminkan bahasa, adat dan budaya Melayu. Sebagai kamus bahasa Melayu semua perkataan mesti dirakam dalam kamus tersebut dan tidak ada yang tertinggal kerana ia menjadi bahan rujukan kepada semua pengguna bahasa yang mahu menggunakan bahasa Melayu.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
seal:
Pls note it is no more Bahasa Malaysia..So for Indians and Chinese and others... itis not for you.... not for the Malaysian..
And the other race ( please do that) make your own Dictionary (Kamus), and we can say "Setiap bangsa di Malaysia mesti menerima hakikat bahawa kamus bahasa India/China mencerminkan bahasa, adat dan budaya India/China.....?
 Is this what the Malaysian Education System is teaching the Malaysians? Or are they placing Malay Superiority in the Mind of Others through education system?

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar