Monday, October 26, 2009

Photos Released by MBSA on the Demolished "Temple"






Datuk Sri Samy Vellu diseru Minta Maaf kepada Umat Hindu Atas Pembohongan Berniat Politik Isu Tokong Datuk


24 Oktober 2009

Datuk Sri Samy Vellu diseru Minta Maaf kepada Umat Hindu Atas Pembohongan Berniat Politik Isu Tokong Datuk


Selama lebih 50 tahun masyarakat India terpedaya dan dieksploitasi di bawah kepimpinan Datuk Sri Samy Vellu yang mengetuai MIC. Kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah satu parti politik yang berwajah seperti MIC yang mengkhianati kepercayaan masyarakat India di Malaysia khususnya di negeri Selangor. Segala peranan dan kepimpinan Datuk Sri Samy Vellu sudah terbukti dalam skandal penyelewengan kewangan Maika Holdings, penipuan tanah Sekolah Rendah Tamil Effingham dan banyak lagi. Segala penipuan dan pengkhianatan beliau disedari oleh semua lapisan masyarakat India dan kami menyeru agar Datuk Sri Samy Vellu untuk menghentikan segala tindak tanduk dan sandiwara untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat ini dengan melembarkan maklumat-maklumat palsu iaitu "Isu Tokong Datuk" yang dapat mengelirukan masyarakat India.

"Tokong Datuk" adalah satu tempat pujaan untuk mendapatkan nombor Ekor / Judi. Kuil Hindu adalah satu pusat ibadat ketuhanan dan ajaran keagamaan yang suci untuk menyemai akhlak mulia dan berkepercayaan jiwa murni. Jadi kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan dan perbuatan Datuk Sri Samy Vellu yang mengaitkan "Tokong Datuk" tersebut sebagai kuil Hindu. Segala kegiatan di "Tokong Datuk" bukan satu amalan keagamaan Hinduism.

Pada 20 Februari 2009, pemilik Tokong Encik Muniady Kathan telah membuat kenyataan bahawa nama tokongnya adalah "Tokong Datuk" dan bukanlah Kuil Mathurai Veeran seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Sri Samy Vellu. Kenyataan ini dapat dijelaskan dengan gambar-gambar yang disiarkan dalam akhbar harian Tamil Osai dan gambar-gambar MBSA maka terbukti tokong tersebut bukan kuil Hindu.

Kerajaan negeri Selangor terus berpegang dengan prinsip dan dasar kepimpinan yang tidak meroboh sebarang tempat ibadat hindu tanpa rundingan bersama pihak-pihak tertentu. Selepas pilihanraya ke-12, satu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor telah ditubuh dengan diwakili oleh semua ahli-ahli agama.

Dalam hal ini, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor tidak menerima sebarang surat daripada pihak "Tokong Datuk" ini. Pihak "Tokong Datuk" ini hanya membuat surat rayuan bertarikh 20 Februari 2009 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mendapatkan tempoh sebulan bagi proses perpindahan tokong tersebut ke kawasan lain. Pihak MBSA tidak mengambil sebarang tindakan perobohan selama tempoh 8 bulan untuk memberi laluan proses perpindahan. Tindakan perobohan berlaku semata-matanya kerana pembinaan haram struktur baru giat dilakukan di tapak tersebut tanpa sebarang kelulusan daripada pihak MBSA. Pihak Majlis Perbandaran boleh mengambil sebarang tindakan terhadap pembinaan haram struktur bangunan kuil yang berlaku tanpa kelulusan / kebenaran mereka. Ini menunjukkan bahawa pihak MBSA telah mematuhi segala syarat dan undang-undang yang digarispandukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Pemilik "Tokong Datuk" Encik Muniady Kathan juga tidak membawa isu perobohan tokongnya kepada Wakil Rakyat iaitu YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli-ahli Majlis Perbandaran, malah ke pejabat saya untuk mencari jalan penyelesaian. Jika Encik Muniady segan meminta bantuan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, beliau juga boleh meminta khidmat bantuan Hindu Sangam yang merupakan salah satu ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor. Beliau tidak ingin mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerana beliau sedar dengan hakikatnya iaitu "Tokong Datuk" tidak mempunyai sebarang kaitan dengan amalan upacara keagamaan Hinduism.

Sehubungan dengan ini, kami tidak tahu dengan agenda Encik Muniady Kathan yang menamakan "Tokong Datuk" tersebut kepada Kuil Mathurai Veeran selepas perobohan berlaku. Ini jelas menggambarkan satu penipuan yang amat besar dan maklumat palsu telah dimanipulasi untuk mengelirukan semua pihak terutamanya masyarakat Hindu.

Kenyataan Datuk Sri Samy Vellu dalam semua akhbar harian Tamil yang mengaitkan "Tokong Datuk" dengan Kuil Hindu telah memburukkan imej baik ajaran agama Hindu dan mencetuskan gambaran negative terhadap keseluruhan kebudayaan umat hindu. Segala penipuan dan manipulasi palsu ini didalangi oleh Datuk Sri Samy Vellu untuk mendapatkan publisiti murahan yang bermotifkan politik kotor. Dengan ini, saya menyeru agar Datuk Sri Samy Vellu untuk meminta maaf kepada seluruh umat Hindu atas segala pembohongan berniat politik mengenai "Isu Tokong Datuk" dan mencemari agama Hindu.

No comments: