Sunday, February 22, 2009

Ancam bunuh Speaker: Adun Pakatan Rakyat buat laporan polis

Ancam bunuh Speaker: Adun Pakatan Rakyat buat laporan polis
Johari Jaafar
Sun Feb 22, 09 11:24:40 am MYT
IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Adun Pakaran Rakyat, Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan Adun Caning Wong Kar Wah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontijen Polis Ipoh semalam berikutan tindakan laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya yang disifatkan tidak bertangungjawab dan boleh menaikkan kemarahan orang ramai untuk bertindak ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Editor laman web tersebut menulis antaranya menyebut, "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di Dun Perak dan Selangor."

"Tulisan itu jelas satu usaha provokasi bagi menaikan kemarahan orang orang Melayu untuk bertindak sesuatu ke atas Speaker Dun Perak, V Sivakunar," jelas Khalil

Dalam satu perenggan ditulis seperti berikut, "Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negeri Perak Darul Ridzuan".

Adun Psakatan Rakyat memandang berat tulisan tersebut yang boleh mengundang kecelakaan kepada Speaker Dun Perak, oleh kerana itu laporan polis dibuat demi keselamatan V Sivakumar, katanya

Laman web Mykmu.net sebelum ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas yang melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. - mns_

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19518&Itemid=1

1 comment:

jazrul said...
This comment has been removed by a blog administrator.