90 aduan rasuah politik babit pemimpin Umno

45 kes ditutup SPRM kerana tiada bukti kukuh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Jumlah itu merangkumi kira-kira 50 peratus daripada 90 aduan rasuah politik yang diterima suruhanjaya berkenaan sepanjang pemilihan peringkat bahagian Umno, tahun lalu.

Sumber SPRM berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kira-kira 45 aduan berkenaan gagal disertakan bukti kukuh, sekali gus menyukarkan suruhanjaya untuk mengambil tindakan lanjut.
“Kita tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kira-kira 20 peratus atau 18 kes rasuah politik yang difailkan pula masih di peringkat siasatan lanjut.

Sebanyak 30 peratus atau 27 lagi kes dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno untuk tindakan di peringkat dalaman mengikut Perlembagaan parti kerana ia berkait rapat dengan soal disiplin.

“Kes yang sudah selesai disiasat dan lengkap dengan keterangan saksi serta maklumat dan bukti kukuh, akan diserahkan untuk tindakan susulan oleh Bahagian Pendakwaan.

“Bagaimanapun, kes yang dicadangkan untuk didakwa di mahkamah ini akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Setakat ini, beberapa ahli Umno sudah pun didakwa dengan kes terbaru membabitkan tiga ahli Umno yang dihadapkan di mahkamah berasingan, bulan lalu.

Ini termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang perwakilan supaya mengundinya dan dua pemimpin lain bagi tiga jawatan tertinggi bahagian itu, Oktober lalu.

Di MELAKA, Ketua Umno Cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim, 46, pula didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang perwakilan supaya mengundi calon ketua bahagian Alor Gajah pada mesyuarat bahagian itu, November lalu.

Seorang ahli Umno Bahagian Raub yang juga guru penolong kanan sebuah sekolah rendah, Junaidi Abd Hamid, 45, turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan memberi rasuah RM200 kepada dua ahli Umno pada pemilihan bahagian itu, September lalu.

Ogos tahun lalu, bekas Naib Ketua Umno bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menyogok RM500 kepada seorang Ketua Umno cawangan sebagai dorongan untuk mencalonkannya bertanding jawatan ketua bahagian.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20090224051003/Article
seals: Khir Toyo tak nampak ini ? Lolz ...... buat I gelak je. Dan bila RASUAH jadi perkara DALAMAN?

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Health Ministry's list of safe milk products