Muzakarah: Majlis Syura, Jawatankuasa Pusat PAS sedang bermesyuarat bincang pendirian penting

31-07-2008 10:13:58 AM Oleh G.MANIMARAN

(Mutakhir) PETALING JAYA: Selepas dua minggu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan wujudnya siri pertemuan Umno-PAS, hari ini parti itu dijangka mengumumkan pendirian rasmi signifikan mengenai isu muzakarah dan muqabalah yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Yang menarik mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat itu akan disertai oleh anggota Majlis Syura - badan tertinggi PAS.

Mesyuarat yang bermula pukul 10 pagi tadi - di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur akan mendengar pendirian yang telah pun dibuat oleh Majlis Syura berhubung isu muzakarah dan muqabalah.

Ketika dihubungi semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengesahkan pertemuan tersebut.

Setiausaha Akhbar kepada Abdul Hadi, Raslan Shahir memberitahu mStar Online pertemuan pagi ini dilihat penting memandangkan ia membabitkan mesyuarat yang disertai lebih 30 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura.

Ia penting dengan mengambil kira perkembangan isu semasa dan pertemuan tahunan PAS yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12.

Kata beliau, mesyuarat jawatankuasa kerja dipercepatkan sempena muktamar ataupun perhimpunan tahunan PAS yang akan berlangsung bulan depan.

"Satu keputusan penting akan dibuat dalam mesyuarat kali ini. Pertemuan hari ini juga dianggap signifikan.

"Majlis Syura akan menjelaskan pendiriannya yang telah dibuat baru-baru dan penjelasan tentang siri (tiga) pertemuan Umno-PAS akan dibentangkan," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat ini mengadakan pertemuan penting ini sejak Abdul Hadi dalam temu bual dengan Harakah mendedahkan siri perbincangan diadakan di antara Umno-PAS.

Ia diikuti dengan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa tiga pertemuan membabitkan kehadiran tiga pemimpin PAS termasuk Nasharuddin telah diadakan sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Bagaimanapun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan perbincangan ikatan politik.

Kemudian pertemuan pemimpin kanan Majlis Syura dengan Nik Aziz pada 23 Julai lalu muncul dengan syor supaya muzakarah digantikan dengan muqabalah.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat keesokan hari telah memberi lampu hijau kepada pertemuan susulan melibatkan kedua-dua parti berkenaan.

Ia disusuli dengan idea Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan supaya Umno dan PAS dibubarkan untuk membentuk parti Islam baru bagi membela kaum Melayu.

Tiga hari lalu bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli menyatakan kesediaan Umno membentuk kerajaan negeri yang baru dengan memberikan jawatan Menteri Besar kepada wakil PAS. (seals: tak cukup ke jawatan MB yang kini di beri pada PAS?)

Semalam Nik Abdul Aziz mengemukakn pandangan mengenai pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti.

BERITA TERDAHULU

Hudud syarat PAS muqabalah! Sanusi anggap Umno amat perlukan PAS

KOTA BHARU: Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar ini di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya. "Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam.

Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya. Namun katanya, perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam. Dalam pada itu, bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid ketika dihubungi memberitahu, Umno memerlukan PAS untuk mengukuhkan kembali parti itu, sebaliknya PAS tidak memerlukan Umno.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, kedudukan Umno yang cukup lemah menyebabkan parti itu memerlukan sokongan daripada parti yang kukuh seperti PAS.

“Kerjasama antara dua parti itu akan lebih menguntungkan Umno kerana yang memerlukan kerjasama adalah Umno, sebaliknya PAS tak perlukan kerjasama Umno.

“Umno memerlukan bantuan PAS dan saya percaya PAS akan bantu UMNO tapi banyak isu yang perlu diselesaikan antara mereka termasuk Islam Hadhari.

“Bagaimanapun, PAS tentulah akan menilai matlamat sebenar kerjasama itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Sanusi berkata, di Perak contohnya, Umno memerlukan memerlukan PAS untuk mengukuhkan kedudukan di negeri itu.

"Perlembagaan di Perak mahukan Melayu sebagai Menteri Besar tetapi bagi PAS, menjadi Menteri Besar atau tidak tidak menjadi soal. Justeru, PAS kena tolong Umno," katanya.

Sanusi berkata, beliau menyokong kerjasama Umno-PAS tetapi ia mesti dijalankan secara ikhlas tanpa melibatkan kepentingan politik.

“Saya menyokong sebarang bentuk kerjasama untuk kepentingan agama dan bangsa tetapi jangan mempolitikkannya kerana kerjasama bermotifkan politik bersifat sementara,” katanya
Katanya, jika kerjasama antara dua parti tersebut tidak ikhlas, konflik dalaman parti akan berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, jika kita lihat sekarang, orang Umno sendiri tak percaya Pak Lah, macam mana PAS nak percaya,” katanya.

Ketika ditanya berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Sanusi berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak ikhlas dan ia hanya sebuah pakatan politik kerana isu yang diperjuangkan oleh setiap parti adalah berbeza.

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_72e8379b-c0a85062-14c4ac90-27085fd3

seals: Was it a mistake trusting PAS?

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar