Minyak Petrol Naik RM3.15 Hujung Bulan Ini Jika Tidak Distruktur Semula

12 Jun, 2008 20:53 PM

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga runcit bahan api yang lebih tinggi daripada RM2.70 bagi petrol dan RM2.58 bagi diesel berkuatkuasa Khamis lepas, jika ia tidak menstrukturkan sistem subsidi bahan bakar.

Ini kerana harga minyak mentah global meningkat kepada AS$138 setong dua hari selepas itu.Tanpa sistem subsidi baru yang ditetapkan pada 30 sen, kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga pada RM3.15 seliter untuk petrol, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menurut beliau semasa kerajaan mengumumkan harga baru petrol, harga tanpa subsidi ialah RM3.00 seliter dan dengan subsidi harganya RM2.70 seliter iaitu kurang 30 sen.Pada 4 Jun, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 seliter."Namun pada Jumaat, dua hari selepas pengumuman harga baru, harga dipasaran naik sehingga US$178 setong.

Berasaskan pada harga itu, harga tanpa subsidi sekarang ialah 3.45 sen," katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2009 hari Khamis."Harga dah naik, jadi kalau kita tidak buat apa-apa dan kekalkan sistem subsidi.

Hujung bulan kita terpaksa umumkan harga minyak pada RM3.15 sen seliter," katanya sambil menambah jumlah subsidi akan meningkat ketahap RM33 bilion.

Nor Mohamed berkata tanpa penstrukturan semula, kerajaan mengunjurkan jumlah subsidi dari Jun hingga Disember 2008 sebanyak RM10 bilion, manakala bagi lima bulan pertama 2008, jumlah subsidi meningkat kepada RM8 bilion.

Menurutnya jumlah hasil kerajaan dari semua sumber hanya RM147 bilion dan daripada jumlah itu, RM33 bilion harus dikeluarkan daripada bajet untuk memberi subsidi kepada syarikat-syarikat minyak kerana mereka telah diminta menjual minyak pada tahap yang rendah.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=339088

seals: why not we talk about the impact of the price increase to our export of malaysian petrol ?

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar