Kilang arak boleh, ternak babi kenapa tak boleh ?

SHAH ALAM 7 April - Semua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Dua lagi Exco Selangor dari Pas ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Iskandar Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Menurut Dr. Halimah, pihaknya menyokong semua projek yang baik serta menepati piawaian antarabangsa dan keadaan itu berbeza dengan penternakan babi di Melaka yang mencemarkan alam sekitar.

"Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak," katanya. *1

Selain ini perlu diingatkan bahawa babi adalah makanan bagi orang bukan Islam, Islam juga tidak boleh menganggu cara hidup , makan, minum dan agama bangsa lain.

Persoalannya di Selangor terletaknya kilang arak yang terbesar dirantau ini, itulah peninggalan kerajaan BN yang lalu. Arak juga haram bagi orang Islam tetapi orang Islam masih sanggup meminumnya. Namun begitu kita katakan bahawa haramnya babi tetapi orang melayu dan Islam tidak sanggup memakannya.

Jadi apalah salahnya selagi tidak ada pencemaran dan diselia dengan baik hasrat tersebut mesti diluluskan kerana itu hak bangsa lain yang wajib dihormat.

Termasuklah memelihara binatang yang dihalalkan dalam Islam seperti ayam, lembu dan kambing. kalaulah menyebabkan pencemaran kita pun bantah dan tidak akan menyokong.

http://idhamlim.blogspot.com/2008/04/shah-alam-7-april-semua-tiga-anggota.html

seals: *1 cached my attention.

Comments

Anonymous said…
*1 - Nice catch ! not cached. If all race esp Malay realised this, M'sia would be at peace. Peace bro ! - Malay reader

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Health Ministry's list of safe milk products