Khalwat

Khalwat

KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan tidak diperoleh berdasarkan perbuatan tajassusnya, sebaliknya berasaskan zahirnya kemungkaran itu, seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedang berlaku.
“Jika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik dan pemberitahuan orang fasik adalah ditolak,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada seminar Tangkap Basah peringkat negeri Perlis hari ini.
Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.
Katanya, kemungkaran yang dicegah ialah apabila ia nyata atau diketahui secara yakin, seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas, aktiviti yang dimaklumi masyarakat sekeliling atau berdekatan.
Perbuatan tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan roh Islam,” jelas beliau.
Dr. Mohamed Asri berkata, perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.
“Sebarang syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Maka individu yang diketahui terlibat dengan kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak, termasuklah kaki tajassus,” katanya.
Perkara keempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama Muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.
Dalam hal ini pemberian sagu hati hendaklah dihentikan kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi, katanya.
Dr. Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggah prinsip keadilan dalam Islam.
Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan.
Beliau memberi contoh sesuatu operasi itu boleh menyebabkan sangkaan buruk tanpa bukti kukuh, mencemarkan maruah jika tersilap tangkapan, mengganggu ketenteraman individu dan haknya, menimbulkan kebencian terhadap pihak penguat kuasa agama jika masyarakat diperiksa tanpa bukti yang nyata dan lain-lain.
“Maka jika ada sebarang keraguan, hendaklah tidak diteruskan sesuatu operasi pada sesuatu masa atau tempat,” katanya.
Dr. Mohamed Asri menjelaskan bahawa jika operasi khalwat dibuat dengan mematuhi syarat-syarat yang berlandaskan roh syarak, kesilapan dan bantahan orang ramai terhadap cara operasi dijalankan boleh diatasi.
“Fokus masalah umat Islam juga hendaklah lebih luas. Maka persoalan tajassus yang dibincangkan oleh para ulama hendaklah diberikan perhatian serius agar imej Islam dapat dipelihara,” katanya.
Dr. Mohamed Asri dalam kertas kerja bertajuk Isu Tajassus (intipan mencari kesalahan) dalam Operasi Pencegahan Mungkar itu berkata, terdapat dua jenis maksiat — pertama maksiat atau kemungkaran peribadi yang membabitkan seorang insan dengan Tuhan-Nya sahaja tanpa mengancam keselamatan awam dan kedua, maksiat atau kemungkaran yang mengancam keselamatan awam.
Maksiat jenis pertama tidak boleh diintip manakala maksiat jenis kedua dibolehkan intipan dilakukan kerana keadaan akan menjadi lebih berbahaya jika dibiarkan tanpa kawalan, katanya.
Beliau berkata, apa yang sebenarnya dipertikaikan dalam isu operasi khalwat bukanlah usaha mencegah kemungkaran, tetapi disiplin dan pendekatan yang diguna pakai serta fokus berlebihan yang diberikan terhadap maksiat tertutup sehingga melupakan tanggungjawab sebenar terhadap pencegahan maksiat terbuka.
“Islam adalah agama yang berpegang kuat dengan disiplin dan peraturan.
“Bermula daripada wuduk, solat, puasa, zakat sehingga ibadat haji ada syarat dan rukunnya. Bermula dari dalam masjid sehingga ke medan perang, ada peraturan dan disiplinnya.
“Bahkan dalam keadaan yang sukar ketika bertempur dengan musuh pun, para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang dengan peraturan tertentu seperti tidak dicincang mayat, tidak dibunuh kanak-kanak dan sesiapa yang tidak terlibat, tidak dibunuh para perwakilan dan berbagai lagi,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

– Bernama

Thats a very good move for Perlis and should be taken as a national direction. But one thing that he has missed here is the team members of the enforcing team.

There should be police and enforcement officers from the religious department. The police should be independent and to make sure the religious department does not cross their limits follows any and all civil laws and human rights . And they should protect the enforcement officers incase things were to get out of control.

Second, there should be a 50-50 female members in both police and enforcement team. This is to protect the womans rights and their modesty. And to avoid any mis-use of power!

This process has to be defined clearly too.

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Story of Saint Patinatar