Presiden India ada laman web sendiri

Presiden India ada laman web sendiri
NEW DELHI 20 Dis. – Jarang sekali seorang presiden negara memberitahu hadirin atau media jangan menulis nota semasa beliau berucap tetapi ini sebenarnya apa yang dilakukan oleh Presiden India Dr. A.P.J Abdul Kalam.
Beliau berkata, ucapan itu boleh diperoleh dalam laman web beliau dengan hanya menaip www.presidentofindia@rb.nic.in dan dalam masa 15 minit segalanya boleh dibincangkan.
Jika anda ada sebarang soalan e-mel kepada saya dan anda boleh mendapatkan jawapannya dalam masa 24 jam’’, katanya memberitahu kira-kira 300 orang pada persidangan antarabangsa, sambil beliau membetulkan komputer ribanya yang diletakkan di atas tapak tangan kiri beliau di rostrum yang sudah bersedia untuk membuat penyampaian melalui power-point.
Ucapan Dr. A.P.J Abdul Kalam, 75, terpapar pada laman web peribadinya hanya beberapa minit selepas beliau berucap melancarkan Persidangan Menteri Perumahan dan Penempatan Manusia Asia-Pasifik di sini minggu lepas.
Beliau sangat mengambil berat mengenai laman webnya dan dalam masa 10 minit, ucapan Kalam sudah ada dalam laman web, kata Setiausaha Akhbar presiden itu S.M. Khan memberitahu Bernama.
Presiden Kalam, seorang saintis peluru berpandu yang kini menjadi presiden menerima kira-kira 300 e-mel setiap hari daripada semua lapisan masyarakat dan beliau sedaya upaya mencuba menjawab e-mel itu sendiri terutamanya jika ia melibatkan penyelidikan saintifik, akademik atau isu politik.
Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

Commenting on above, I was surprised that this media did not even verify the details that they publish. I can say the web address is wrong just by looking at it as any web URL will never have a "@" as part of it. And Utusan Published it.... I wander how many more details that they publish in this manner!

The correct address is : http://presidentofindia.nic.in/welcome.html (A great man that I know)

You can see more pics of Rashtrapati Bhavan at my blog as below.

http://selians.blogspot.com/2006/11/india-presidents-residence-delhi.html

Comments

Popular posts from this blog

Fire Yogi

More About Maha Avatar Babaji

Health Ministry's list of safe milk products